|

Apakah dia CADMARK?
- CADMARK ialah gabungan antara nama AutoCAD dan MARK atau dalam bahasa Malaysia Markah.
- Ianya adalah satu sistem yang amat sesuai untuk Pensyarah, Tenaga Pengajar dan Guru yang mengajar matapelajaran AutoCAD.
- CADMark akan membuat pengiraan markah terhadap lukisan pelajar secara automatik dalam masa yang amat singkat.
- Pensyarah tidak perlu menyemak lukisan CAD pelajar kerana tugas tersebut telah diambil alih sepenuhnya oleh CADMark.
Adakah ianya mudah untuk digunakan?
- Untuk menggunakan CADMARK pensyarah cuma perlu tekan 1 butang sahaja dan yang seterusnya sistem ini akan menyemak lukisan 2D pelajar sehingga lebih daripada 100 latihan sekali gus.
Berapa banyak masa yang dapat dijimatkan oleh pensyarah dalam masa sebulan dengan menggunakan perisian ini?
- Berikut adalah kiraan mudah yang amat menjimatkan masa pensyarah bagi mengira markah pelajar terhadap latihan yang diberikan.
Contoh: Secara purata 20 latihan CAD yang perlu dilukis oleh pelajar bagi satu semester(1 latihan seminggu). Setiap satu latihan secara purata mempunyai 50 entiti(garis,bulatan,ellipse dsbnya). Satu kelas mempunyai 40 orang pelajar oleh itu;
20 latihan X 50 entiti X 40 orang pelajar= 40,000 kali semakkan setiap entiti perlu dilakukan oleh pensyarah satu semester. Jika setiap satu entity memerlukan 10 saat maka 400,000 saat masa yang diperlukan bagi menyemak setiap entiti atau bersamaan lebih kurang 111 jam semester. Oleh itu pensyarah memerlukan masa lebih kurang 22 jam sebulan. Oleh itu pensyarah telah mempunyai masa terluang selama 5 hari sebulan.
Kenapa pensyarah perlu menggunakan perisian ini sedangkan mereka tiada masaalah dengan menggunakan secara manual? - Tiada masaalah kesilapan manusia("human error"). 100% tepat dalam pemberian markah berbanding secara manual.
- Masa yang amat menjimatkan bagi pemberian markah.
- Markah boleh dipaparkan sebaik sahaja pelajar hantar latihan lukisan CAD dalam tempoh 5 -15 saat bergantung kepada lukisan.
- Pensyarahmemerlukan masa 5 hari sebulan bagi menanda markah secara manual. Oleh itu dengan menggunakan CADMARK pensyarah tersebut boleh menggunakan masa tersebut untuk membuat persiapan mengajar, memberi tumpuan kepada pelajar, membaca buku bagi menambahkan pengetahuan, membuat soalan latihan, tutorial,quiz atau membuat tugas sampingan yang diperlukan oleh jabatan dan lain-lain lagi.
- Malah kadang-kala ada pensyarah terpaksa memberi markah secara rambang akibat tiada masa untuk menyemak setiap entiti lukisan satu persatu.
- Dengan menggunakan CADMARK pensyarah tidak perlu risau dengan kata-kata ini “ semakin banyak latihan yang diberi kepada pelajar, semakin banyak masa yang diperlukan untuk menanda latihan CAD” walaupun mereka tahu “semakin banyak latihan yang diberi kepada pelajar, semakin baik kesannya kepada pencapaian pelajar”.
Apakah kebaikkan kepada pelajar? - Pelajar dapat melihat markah dalam masa yang sangat singkat.
- Pelajar akan mendapat markah yang adil, tanpa kesilapan(100% tepat).
- Pelajar akan diberi latihan yang lebih berbanding biasa kerana dengan menggunakan CADMARK pensyarah tidak perlu bersusah payah menanda markah lukisan CAD yang memenatkan dan amat mengelirukan.
- Pelajar boleh membuat latihan-latihan contoh yang diberi oleh pensyarah dan boleh melakukan penyemakkan dan membuat analisa kesilapan sendiri sebelum diberi tugasan atau ujian sebenar.
Berapa banyak latihan yang boleh dikira secara automatik oleh perisian ini? - CADMARK boleh mengira dan memberi markah sehingga lebih daripada 100 latihan serentak kepada lebih daripada 40 orang pelajar. Dan tiada limit untuk jumlah latihan, kerana ianya bergantung kepada memory komputer anda.
Apakah spesifikasi komputer yang dicadangkan bagi membolehkan perisian ini digunakan? - Spesifikasi Komputer yang dicadangkan ialah Pentium III keatas, 256 MB Memory. Windows XP. Mempunyai sistem rangkaian komputer.
Jika makmal komputer tidak mempunyai sistem rangkaian komputer adakah pelajar boleh menggunakan handy drive, CD atau disket untuk menghantar tugasan CAD?
Bagaimana pelajar menghantar tugasan CAD? - Pelajar boleh menghantar tugasan CAD melalui rangkaian komputer atau dengan menggunakan handy drive, CD dan disket.
Adakah pelajar akan dapat melihat latihan rakan mereka jika latihan tersebut dihantar kepada pensyarah melalui rangkaian komputer?
Adakah pensyarah boleh menerima latihan daripada pelajar melalui rangkaian komputer terus ke handy drive kepada komputer pensyarah? - Pensyarah boleh menerima latihan daripada pelajar dimana lokasi cakera keras(hardisk), handy drive, external drive dan sebagainya tanpa diketahui oleh pelajar.
Bagaimana ketepatan pemberian markah kepada pelajar dengan menggunakan perisian ini? - Ianya 100% tepat. Ketepatan yang dinilai terhadap pelajar sehingga 2 titik perpuluhan(cth: 10.01 atau 0.01). Ianya boleh dikesan oleh CADMARK dengan tepat dan cepat.
|